
BLOG : http://ayunirwana15.blogspot.com
Butik @ Kedai Pakaian kami yang terbaru ini berlandskap pakaian muslimah moden berada di tempat yang lebih selesa serta menjadi salah satu lokasi tumpuan orang ramai yang datang ke bandar Melaka. Apa yang pasti, kini mood berpakaian secara muslimah telah mendapat tempat dihati masyarakat kita selaras dengan tuntutan agama islam itu sendiri.
Langkah paling awal yang diambil oleh pihak kami adalah mempamerkan secara santai pelbagai koleksi pakaian di butik Ayu Nirwana untuk tatapan followers fesyen muslimah -: ) platform ini kami gunakan untuk mendekatkan diri dengan pelanggan tanpa batasan waktu perniagaan kerana kedai dalam talian mudah diakses pada bila-bila masa tak kira di mana kita berada. Penampilan ini juga dapat menyampai segala cabang perniagaan yang akan diterokai oleh pihak Ayu Nirwana Biz secara lebih pantas dan mudah ( :- Semua ini ini memudahkan pihak kami berhubung terus dengan pelanggan setiap detik dan saat. Pihak Ayu Nirwana Biz juga menyediakan perkhidmatan belian dalam talian melalui hantaran post serta ruang pertanyaan melalui dalam talian menggunakan pesanan rengkas SMS & WhatsApp ! -: ) Sejujurnya cebisan coretan yang serba santai ini dapat mempertemukan diri kami dengan pelanggan secara lebih dekat dan mudah : : Nanti jumpa lagi di hamparan coretan lain . . TKASIH.
Bersambung catatan : Ayu Nirwana ada menjalankan 2 jenis perniagaan iaitu Ayu Nirwana Kosmetik terdapat ratusan produk penjagaan kesihatan dan kecantikan dan terdapat juga jamu jenama tersohor dari dalam dan luar seperti Indonesia. Kami juga ada memiliki perniagaan Butik Pakaian Muslimah dengan pelbagai koleksi pakaian yang menarik bersesuaian dengan kehendak pembeli -: ) Jika datang bertandang ke Melaka sambil melancong atau tak kira apa saja acara perjalanan anda jangan lupa intai premis perniagaan kami yang dapat memuaskan hati anda.
Laman blog ini merupakan hamparan intaian pelbagai koleksi yang terdapat di butik kami, semoga laman maya ini menambahkan lagi selera followers untuk hadirkan diri secara nyata di butik atau kedai kosmetik kami. Apa pun, rantaian perniagaan yang kami jalankan ini akan berubah peningkatan menyusuri arus harian yang semakin matang dan terus melangkah demi langkah untuk memenuhi kehendak pembeli dan pelanggan yang baru dan lama merupakan sahabat kami : : Nanti jumpa lagi di hamparan coretan lain . . TKASIH.
-: ) Siti Fatimah : Penulis
30/09/15 : Hari ini saya ringankan jari menulis saja-saja nak hilang bosan, bagi mereka yang setia menjejaki blog ini tak lam lagi saya akan bawa serba sedikit cerita bergambar bersama anak-anak dan ketua keluarga. Mungkin ada yang ingin tahu -:) bukan busy body ! tentang hobi masa lapang saya, makanan kegemaran saya dan cuit-cubit lain yang dilalui dalam kehidupan seharian . . STOP DULU
Apa yang nak saya khabarkan blog ini juga menggunakan khidmat blogger Shiba Yip Shiba Yong bagi melontarkan coretan tangan yang berpengalaman sebagai blogger -:) dia ni bekas seorang pendidik dan banyak pengalaman dalam bidang penerbitan dan penulisan indie berpaksikan penggiat bebas dalam penerbitan dan penulisan ! mungkin dia tak selesa dikawal orang kot . . TKASIH : nanti jumpa lagi . . bukan apa sibuk niaga dan urusan keluarga.
Apa yang anda lihat ini sebahagian daripada koleksi tudung yang kami sediakan untuk cecahan hati anda, paling mudah dan amat-amat menarik sekali jika bertandang terus ke butik kami maka terbentang luas pilihan bentuk dan warna untuk di padankan dengan mana-mana koleksi simpanan pakaian anda yang sedia ada atau mungkin sesuai untuk padanan pakaian yang menginap di butik kami yang setiap masa menanti anda. Memandangkan kini gaya tudung telah menjadi satu simbolik arus perdana maka pihak kami terus
sentiasa memperbaharui koleksi-koleksi baru berserta dengan harga murah mampu beli pasti anda tidak terkilan. Butik Ayu Nirwana juga mempunyai staff begitu peramah melayan anda dan bersedia memberi tunjuk ajar untuk cara pemakaian tudung. Pemakaian tudung moden telah menjadi rutin harian bagi wanita muslim, terutama orang kita melayu.
No comments:
Post a Comment